//Forever Imperfect




Hey guys.sehat?sorry dah agak lame tak update story dekat blog ni,sebab busy sangat bercuti dengan kawan kawan and berok aku dekat pahang.selam 5 hari kami disana.bapak lah lame,ingatkan just sekejap je dekat sane tapi family nuar banyak sangat buat activity nya pergi ke sana and kesini.sampai naik sakit badan aku ni sebab perjalanan yang jauh and banyak sangat main air.memang enjoy habis lah.macam macam yang kami buat,first kami pergi kampung atok nuar and lunch dekat sane then lepas makan tu kita orang pergi jalan jalan dekat tasik bera,tak de la syok mane tempatnya.
Hari ketiga kita orang pergi mandi dekat air terjun hutan lipur gunung ledang,huwaa yang ni memang syok habis sebab kita orang berkelah dekat sane,macam macam makanan yang kita orang bawak.dah macam stok untuk 3 hari punya makan.mak nuar memang sporting habis lah,macam macam yang dia belikan untuk kita orang semua.belanja makan and macam macam lah,sampai dah tak boleh nak list kan lagi.memang family yang sporting habis.
Hari keempat pulak kita orang pergi bukit gambang waterpark.errr memang setiap hari kita orang menghabiskan mase dengan bermain air je.but dalam perjalanan ke sane ade 1 benda yang agak bodoh berlaku,kita orang singgah dekat petronas then aku beli due biji pau ayam and keropok.untuk berok aku satu,and aku satu,masuk dalam kereta je aku terus mencekik pau tu sampai habis.aku tinggalkan untuk dia satu,lagi pon time tu dia tengah drive,so aku simpankan lah dulu.dah lame perjalanan tu baru aku teringat pau yang aku simpankan untuk dia,cari punya cari tak jumpa.last last aku rase macam aku terduduk atas sesuatu benda,rupe rupenya aku terduduk atas pau tu weh =='!ya allah terus lepir pau tu,huwaaa mangkuk ayun betul lah aku ni.abis 1 kereta gelakkan aku :'( niat nak bagi berok aku makan,but bila dah jadi macam tu terus buang pau tu.huwaaaa kesian berok aku tak dapat makan.
then 1 lagi keropok yang aku beli tu aku terletak kat teettttt.sampaikan kawan aku cakap macam ni 'ha baguslah keropok tu letak dekat situ,pastu bagi orang makan jap lagi' errr aku tak sengaje lah weh.lagi pon keropok tu belom buka lagi kan.then boleh pulak berok aku cakap keropok tu dah jadi keropok kangkang :\ huwaaaa kejam la korang ni kan!!
lepas abis dari mandi tu kita orang singgah mana tah,aku pon tak ingat dah,sebab macam macam tempat yang kita orang pergi.ade 1 tragedi yang berlaku antara aku and berok aku.huwaaa sampai dia buat aku nagis tahu tak.jahat punya berok!!suke marah marah aku.tapi salahnya semua datang dari aku jugak =.='!mengade ngade sangat aku ni.berok aku cakap aku ni manje sangat sampai dah melebih lebih.okey berok.saya mengerti kok.terima kasih.buekkk macam la aku kesah =B
 dekat bawah ni aku listkan activity yang aku buat dekat sane,nak cerita panjang sangat,so aku pointkan je okey
  • kait buah rambutan and mangga sambil makan bawah pokok.
  • main badminton
  • main kejar kejar dalam air (aku yang kena kejar dorang)
  • online 
  • jalan jalan

and macam macam lagi lah yang kita orang buat.aku dah tak ingat lah weh =='!hehe sorry.

#pahangsangatmenyeronokkan#

Older Post | Newer Post