//Forever Imperfect



today aku start new sem,siap siap je terus gerak pergi college walaupon badan ni demam,aku still gagahkan jugak pergi class.then sampai sampai je class cancel.okey ni memang aku suke sangat sangat :\ dah penat siap and bangun pagi.class pulak tak de.okey tak pe.aku just lepak lepak je dekat kolej tu.then rio mesej aku ajak jumpe tengah hari tu.okey aku pon setuju jelah.tak sanggup nak hampekan dia.dia ajak jumpe dekat kedai makan mama.and mintak tolong temankan dia makan kejap.jumpe jumpe dia je,dia terus hulurkan dekat aku air cap badak.omg :\ terharunya aku.dia memang amek berat sangat sangat pasal aku.okey aku amek air tu then aku cakap thanks dekat dia sebab susah susah je belikan air untuk orang demam tu =='! okey lepas tu aku pon jalan same same dengan dia pergi kedai mama.borak biase je,but aku still malu malu lagi.sebab ni first time aku lepak dengan dia.sebelum ni if jumpe pon aku just senyum je kalau nampak dia.tak pernah bertegur pon.
tengah lepak tu,dia pakse aku minum air tu.okey aku buka then aku minum sikit.lepas tu aku lupe nak tutup balik,then macam mane tah tangan aku terjatuhkan botol tu.tumpah 1 meja.shitt!air dalam botol tu just tinggal suku je :\ kesian rio.penat penat belikan air tu,tapi aku buang macam tu je.tapi rio kata tak pe.janji aku dah minum sikit air tu =='!then dia bangun terus pergi ambil tisu and lap kan meja tu.sorry yer rio.time lepak tiba tiba berok mesej aku.tanya dekat mana.sebab maybe dia lepak dengan kawan kawan aku then pelik tengok aku tak de.aku rase serbe salah gile nak balas mesej dia tu.then aku terus terang je yang aku tengah lepak dengan rio,then dia cakap tak pelah,sorry ganggu.sumpah aku rase salah sangat sangat then aku cakap yang lepas ni aku nak jumpe dia kejap.then berok setuju.okey aku terus cakap dekat rio yang aku nak kena bla sebab kawan kawan aku dah tunggu.and mintak maaf dekat rio sebab tak dapat nak temankan dia lame lame.tapi rio cakap tak kesah pon.okey aku pon bla and pergi dekat lobi kolej.aku call najwa tanya dekat mana,then dia cakap dekat kedai mama.wtf :\ aku datang lobi korang pulak datang mama.
lagi satu keje aku kena berjalan patah balik pergi mama.aku memang suke berjalan kesana kesini time panas panas macam ni :\ then sampai sampai je aku tengok rio still ade lagi dekat situ.then aku buat bodoh je aku lepak dengan berok and budak budak aku.then aku and berok lunch same same.lepas lunch aku ade class.then kite orang gerak same same pergi kolej and masuk class masing masing.but ade benda bodoh lagi berlaku.class aku cancel lagi =='!errr geram betul lah aku!then aku mesej berok,aku cakap yang aku dah tak larat sangat sangat.time tu pulak class berok pon cancel jugak.then dia cakap nak hantar aku balik rumah.sebab time tu aku rase dah tak larat sangat.badan aku rase lemah gile.dengan kepale berdenyut denyut.berok balik naik motor dengan kawan dia,and ambil kereta.dia hantar aku balik hostel.thanks berok sebab layan aku baik sangat sangat.and take care gile pasal aku :') terharu gile.sampai rumah je aku tidur sampai petang.time tu aku rase macam nak mati je,sebab aku betul betul tak tahan.aku mesej berok,aku cakap yang aku dah tak larat lagi.and dia suruh aku siap cepat and nak bawak aku pergi klinik.tapi aku tak nak.aku tak nak susahkan dia and lagi pon aku memang tak suke pergi klinik.dia membebel dekat aku,tapi aku buat bodo je =='!
malam tu berok mesej aku macam biase.then aku tanye tak keluar ke,dia cakap ingatkan nak jumpe aku,tapi aku tak sehat kan,so duduk rumah jelah.then aku cakap yang aku nak jumpe dia jugak,tapi dekat lua sejuk,berembun pulak tu,aku takut badan aku tak larat je,tapi dia cakap dia nak bawakan sweater untuk aku.tengok dia macam bersungguh sungguh je nak jumpe,aku pon setuju jelah.aku and budak rumah aku just lepak dekat kedai makan je.and time tu berok take care gile pasal aku yang separuh nak mati ni.dia urutkan kepale aku sampai aku rase nak terlelap pon ade.then dia pegang tangan aku macam time tengah couple dulu.okey sumpah aku rindu gile saat saat couple dulu T.T tak lupe jugak malam tadi still belai belai rambut aku jugak :') so sweet.korang ade?kalau tak de diam je.tak payah nak pung pang pung pang sangat okey.

#demamtakbaiklagi#

Older Post | Newer Post