//Forever Imperfect




assalammuailaikum semua :) tak jawab dose taw! okey first sekali nak cakap sorry sangat sangat sebab lama menyepi tanpe sebarang cerita. okey ayat skema dah keluar -.- time cuti sem hari tu, memang jarang online, sebab line internet buat hal. nak login facebook langsung tak boleh. tunggu sejam baru lah nak keluar home nye :\ memang sadis sangat sangat. then bila dah balik hostel, busy dengan class pulak. baru baru ni aku najwa bulat and meor balik melaka. najwa pergi rumah bulat, and aku pulak pergi rumah family meor. memang rase excited gila, sebab ni first time nak pergi rumah mak mertua. pergi melaka banyak kali dah, tapi pergi rumah si dia belum pernah lagi. huhu. memang takut sangat sangat.

time dekat rumah meor, asyik berjalan pergi ke sana sini je dengan dia. pergi beli tiket lah, pergi ambil adek dia balik sekolah, and macam macam lah. sampai aku yang duduk dalam kereta dah nak terlelap, sebab letih sangat ikut dia berjalan and uruskan adek adek dia. memang best sangat sangat! mase dekat rumah dia, aku belajar masak sardin cara orang melaka. mula mula memang pelik sangat. tapi bila makan sedap pulak! hasil masakan aku dengan meor =B hehe. but mase singkat sangat sangat, hari ahad dah nak kena balik. tapi sebelum balik tu, kite orang sempat jalan jalan dekat jj kejap. beli barang si bulat and si najwa. then lepas tu balik rumah and kemas barang barang untuk balik ke puchong ='\ rase tak puas sangat sangat duduk dekat sane. rase macam tak nak balik je. lepas siap siap pakcik and ibu hantar aku, meor and shira dekat mc. sebelum naik kereta tu, ibu sempat snap pic aku dengan meor and shira >.< malu sangat sangat. huhu.

then sebelum nak balik tu, adek meor yang shami sempat kaitkan buah mangga untuk aku. huwaaaa dia punya mangga tu, memang membuatkan iman aku goyang sikit. bau dia je, dah buat aku meleleh. tak sabar nak melantak balik nanti! then mase dah sampai dekat mc, kite orang semua salam ibu, and tak sangke sekali, bila ibu cium pipi aku jugak :') huwaaa sangat la terharu owh. then lepas tu kite orang pon terus cari bulat and najwa. bila dah jumpa tu terus naik bas. bile dah sampai puchong, aku mesej ibu and cakap yang kite orang dah sampai. then ibu balas macam ni "ok. sayang angah n zura" wow tak sangke ibu cakap macam tu. huhu. sayang dekat ibu jugak!

#melaka#

Older Post | Newer Post