//Forever Imperfect




Hari kedua di hospital, hari yang paling mendebarkan sebab hari untuk aku di operation. okey lupa nak bagi tahu yang aku kena puasa dari malam tadi sampai lah lepas operation. perut tak de la lapar sangat, sebab bila dah rasa takut and gemuruh, perasaan lapar tu dah tak de. nasib baek mak and abah datang pagi pagi lagi and tolong bawak aku pergi mandi. sebab aku memang tak larat nak buat semua benda sekor sekor. lepas mandi aku terus bubum dekat katil menunggu giliran di usung ke dewan pembedahan. time aku nak tidur kejap, mak and abah cakap yang dorang nak balek, sebab ade hal, aku pon dengan rasa berat hati, benarkan jelah dorang balek, sebab kesian dekat dorang dah letih sangat tunggu aku. pukul berapa aku nak opeation pon tak tahu. then aku mesej muchuk suruh datang temankan aku. sebab nanti aku operation tak de orang nak jagakan barang2 aku semua.

masa pukul 12.30 tiba tiba nurse datang and suruh aku salin baju. dia cakap yang doctor semua dah panggil aku. okey okey aku tahu, saat untuk di operation dah tiba, dengan kaki yang lemah aku terus tanggal apa yang ada, and just sarung 1 baju putih. okey bila operation you all mesti tahu kan yang semua dalam dalam tu tak boleh pakai langsung, termasuk atas and bawah, so aku rasa macam ayooooo! dia just bagi 1 baju putih like kemeja yang labuh tapi tanpa butang. just ikat ikat. ahakss so boleh nampak betapa sexynya aku. wewitttt -.- then lepas tu aku kena sarung kepala aku dengan shower cap tu. hoho. sebelum aku baring dekat katil, nurse suruh aku telan pil ape tah, then lepas aku telan, aku terus baring dekat katil yang dorang bawak dari bilik operation. time dah baring semua, aku pon di bawak ke dewan pembedahan. perjalan ke tempat operation agak jauh la jugak, buatkan aku sempat usha orang sekeliling aku yang ada. then just pandang siling dekat atas je.

bila dah sampai dekat dewan pembedahan, aku di letakkan dekat luar bilik untuk tunggu semua doctor siapkan apa yang patut. and nurse yang jaga aku pon terus pergi. nurse aku sempat cakap dekat aku jangan takut. sekejap je. then lepas tu datang pulak nurse lain uruskan aku masa tu, dia terus bagi aku dua selimut, sebab dia tahu aku sejuk sangat dalam tu. lagi lagi bila dah tak pakai pape. then lepas tunggu punya tunggu datang pulak doctor bius aku perkenalkan diri. okey dia cina yang sangat caring. bagi aku semangat macam macam. then dia terus usung aku masuk dalam bilik operation, aku tengok ramai doctor yang dah ada dalam tu. semua dah lengkap pakai sarung tangan and penutup mulut tu. aduhhhhh seram sejuk di buatnya. tapi kebanyakkannya doctor laki. kacak kacak pulak tu. hek3! lepas aku bersedia tangan aku di cucuk air. and doctor bius tadi memasangkan alat bantuan pernafasan dekat aku. and dorang cakap okey dah tiba masa ubat bius di masukkan. dorang suruh aku tarik nafas dalam dalam and hembus, and bila aku buat apa yang di suruh, aku dengar doctor tu cakap "okey good, tarik lagi..." and bila kali kedua aku tarik nafas, aku dah dapat bau something yang kuat dekat alat pernafasan aku, the aku terus tuppppppppp" (tak sedarkan diri)

#harimendebarkan#

Older Post | Newer Post