//Forever Imperfect




okey sambung post yang sebelum ni. lepas beberapa jam, aku rasa kepala aku pening sangat sangat, and rasa sakit tekak yang terlalu perit, dengan tenaga yang ada, aku cuba jugak celik kan mata aku, rupanya kesan bius tu dah hilang, and aku dah mula terjaga. dengan mata yang agak berat aku pon buka mata and tengok keadaan sekeliling. aku tengok tangan kanan aku dah siap berbalut semua, and tangan kiri still masuk air and pam tekanan darah tu dorang pasang dekat tangan aku. dekat mulut aku still melekat dengan alat bantuan pernafasan lagi. bila aku cuba gerak gerak, doctor terus datang dekat aku and cakap "kita masuk dalam wad balek yer" aku terus angguk2 kepala. then datang sorang laki and nurse tarik katil aku bawak masuk dalam wad aku balek. sampai sampai dalam wad, aku di angkat and di letak kan dekat atas katil asal aku, then datang sorang nurse bawak baju colour hijau. dia pon sarung kan la baju and seluar tu dekat aku. ayoooo malunya. tapi buat bodoh jela, ramai lagi yang dia dah tengok x) hehe.

lepas nurse tu pergi, aku cari handphone aku, but tak de, so aku rasa mesti muchuk dah amek kot, sebab sebelum aku operation, aku tak sempat jumpa dia. masa doctor dah panggil aku tu, muchuk baru gerak dari puchong. masa tengah baring baring tu mak and abah pon datang, tapi batang hidung muchuk tak nampak pon. hurm aku pon tunggu jelah. masa mak tengah borak borak dengan pesakit depan aku, aku nampak muchuk and juon dari jauh, yeahhh muchuk dah ada! bila aku tanya dia pergi mana, dia cakap pergi cafe dekat bawah, sebab masa dia sampai sampai tadi, dia cakap katil aku dah kosong. and terus dia duduk dekat sebelah aku. tak lama lepas tu mak and abah balek rumah, tapi muchuk and juon still stay dekat situ. borak borak kejap then aku terus terlelap. maybe still lemah and tak de tenaga lagi. yelah dari semalam aku tak makan pape. bangun bangun tidur aku tengok muchuk still ada. kakak aku and abang ipar aku pon ade jugak. buka buka mata je, abang ipar aku terus cakkkkkkkk -.- tebiat agaknya. hakhak! tapi yang paling bestnya kakak aku datang bawak kan mcd untuk aku!! woww syoknya. siap ada nuget sekali! nyummyyy.

but aku still tak boleh makan lagi, sebab doctor kata lepas operation tak boleh makan, takut aku muntah. ayooo dari pukul 2 pagi sampai 9 malam aku kena puasa -___________- kekhinziran apakah ini. dah la tekak aku tengah sakit ya amat, sebab kesan dari bius tu. memang tekak aku kering gila gila plus dengan kesakitan bila nak telan air liur. hurm sabar jelah. then lepas tu doctor pon bagi aku makan, tapi dia suruh aku makan sikit sikit je. tapi aku yang dah kebulur ni tak tahu apa itu erti sikit sikit, terus melahap bubur mcd sampai habis! itu pon muchuk yang suapkan, makcik depan tu yang suruh. sebab tengok tangan aku yang dah menggigil gigil pegang sudu, sebab menahan kesakitan. bila orang tersayang yang suapkan, memang bertambah selera la aku! hekhek >.< terima kasih muchuk! sebab jaga kita dekat hospital.

#alhamdulillah#

Older Post | Newer Post