//Forever Imperfect




Aku tengok cerita hachiko ni dekat dvd yang akak aku bawak balek dari office dia, serius cerita ni memang sedih sangat sangat sampai buat aku and akak aku menangis. dia mengesahkan hachiko seekor anjing dari jepun yang telah tercicir and sesat, then berjumpa dengan seorang lelaki. maybe masa tu hachiko still kecik lagi, so lelaki ni ambil dia then bawak balek dekat rumah. lelaki tu bela hachiko ni sampai lah dia besar. setiap kali lelaki tu nak pergi kerja, hachiko akan hantar lelaki tu dekat train yang tuan dia selalu naek. then bila dah petang hachiko akan datang balek dekat train tu tunggu sampai tuan dia balek dari kerja. setiap hari hachiko akan buat benda yang sama. sampai orang orang yang dekat station tu semua kenal hachiko. but satu hari tu, macam biasa hachiko hantar tuan dia pergi station, and bila lelaki tu tengah mengajar dekat sekolah, tiba tiba dia jatuh pengsan and meninggal. petang tu jugak hachiko tunggu tuan dia sampai malam, tapi still tak muncul2.

sebelum tu, hachiko dah dapat tahu yang tuan dia macam dah nak meninggal, so dia ada buat something yang dia tak pernah buat. korang tengok lah kalau nak tahu full ceritanya okey. then lepas tuan dia tak muncul muncul lagi dekat train uh, dia still tunggu lagi sampai lah 10 tahun dia duduk dekat depan pintu station tu. setiap hari akan ada orang datang bagi dia makan, sebab hachiko ni memang ramai orang kenal and tuan dia tu pon jenis yang rapat dengan orang yang berkerja dekat area area station tu semua. lepas 10 tahun dia tunggu tu, hachiko pulak mati dekat depan station tu. maybe mati sebab dah tua. tapi serius memang dia seekor anjing yang setia. and lupa nak bagi tahu, yang cerita hachiko ni kisah benar dari jepun yang di lakonkan balek. kalau korang tak percaya boleh search google and tengok hachiko yang sebenar. sampaikan now dekat jepun, dorang buat tugu hachiko depan station tu. okey jangan lupa tengok movie ni eh, sumpah korang tak kan rasa menyesal.

#hachiko#

Older Post | Newer Post