//Forever Imperfect




Bila cerita pasal zaman kanak kanak, mesti ramai yang ingin kembali ke zaman tu balek rite? sebab apa, sebab time tu kita tak perlu pikir lagi pasal cinta, duet, kawan kawan and semua benda yang melibatkan masa dewasa sekarang ni. kalau masa kanak kanak dulu, bangun dari tidur, makan, main then bila penat kita tidur balek. but now bila dah dewasa, celik celik dari tidur je 1001 benda yang kita perlu pikirkan. dah tak ada masa untuk main main macam dulu lagi. tu lah zaman remaja yang sentiasa penuh dengan cabaran and dugaan yang harus kita lalui. kalau lah boleh kita kembali ke zaman dulu kan best. tapi malas jugak nak cerita pasal "KALAU" ni. nak cerita pasal kalau, gajah pon boleh terbang. i means benda yang mustahil pon boleh di cakap. okey tapi sedih jugak tengok budak zaman sekarang, zaman kanak kanak mereka dah di rampas dengan teknologi dunia.

Kalau dulu permainan yang kita selalu maen, masak masak, baling seliper, pondok pondok and macam macam lagi. but now semua tu dah hilang and di gantikan dengan facebook, twitter, instagram and macam macam lagi laman sosial yang ada sekarang ni. bukan nak cakap apa, but masa kanak kanak lah kita nak manfaatkan masa yang ada dengan perkara perkara yang manis. bukannya dengan bergaduh dengan orang dekat twitter and facebook. kecik kecik lagi dah bermusuh musuh, maki hamun sana sini. kan tak best tu. and now aku pon risau jugak dengan anak buah aku yang sekarang ni. umur baru 4 tahun, 3 tahun and 2 tahun, tapi cerdiknya ya amat. dah pro guna semua teknologi. lappy, komputer, and hp. and paling pro dalam menggunakan galaxy note. kadang kadang benda yang aku tak tahu pon dorang tahu. macam aku nak maen game still terkial kial lagi, dorang yang ajar aku pulak. suka amek hp and tangkap gambar sendiri, and macam macam lagi yang dorang buat. sampaikan kadang kadang bergaduh dengan dorang sebab berebut nak main game.

okey now stop cerita pasal zaman kanak kanak. nasihat aku untuk dorang, please hargai zaman korang sekarang ni. sebab bila korang dah dewasa nanti, mesti korang akan rasa nak kembali ke zaman dulu balek. but kita tidak boleh berpatah balek, hidup and masa sentiasa berjalan ke hadapan. lain lah kalau ada doraemon, korang nak pergi zaman dulu pon tak da masalah. tapi tu la masalahnya kalau cerita pasal kalau ni. benda yang mustahil pon di mintak mintak. okey guys hope korang enjoy dengan entry terbaru aku ni. mintak maaf salah silap kalau korang rasa tak boleh terima dengan pendapat aku dekat atas tu. setiap orang lain lain pendapat kan? okey peace ^^v mud lagu "apo kono eh jang"

#apokono?#

Older Post | Newer Post