//Forever Imperfect




Dulu doctor pernah cakap, ketumbuhan yang aku ada ni tak bahaya. dia cakap ramai orang kena macam ni jugak, then lepas operation nanti akan hilang, tapi yang tak bagusnya benda ni kadang kadang akan muncul balek bagi yang tak bernasib baek. and aku ingat lagi doctor tu cakap kadang kadang benda ni kanser, tapi jarang berlaku just 1% je kalau yang ada pon dekat dunia ni and doctor cakap jangan risau, ni just ketumbuhan biasa je. masa tu aku rasa macam lega sangat sangat. lepas operation aku dah tak pikir pape lagi. but langit tak selalu cerah. lepas sebulan lebih macam tu, doctor tiba tiba call ayah aku, and dia cakap tolong bawak aku pergi hkl sebab ada hal. and abah pon call aku sampaikan berita ni. jantung aku masa tu dah dub dap dub dap. berdegup dengan kencang seperti kuda sedang berlari. aku dapat rasakan ada berita buruk yang akan aku dengar and mula air mata aku mengalir.

okey hari isnin aku, mak and abah bertolak pergi hkl. subuh subuh lagi kita orang gerak, sebab kalau lambat memang tak kan dapat parking dekat hkl tu. punyalah sesak macam semut. sampai sampai aku tak perlu amek nombor. nurse call doctor and cakap yang aku dah sampai. tak lama lepas tu doctor panggil aku abah and mak masuk dalam pejabat dia. "saya dah hantar result anak kamu ke makmal, and kami dapati yang benda kami kaji tu adalah kanser" and time tu jugak berderau darah aku. aku dah agak dah benda ni yang akan berlaku =') rasa nak menangis masa tu tapi aku tahan, sebab aku tak nak menangis depan mak and abah. tangan aku yang pegang hp masa tu dah menggigil habis. aku kuatkan semangat mesej ucuk. lepas tu aku terbatuk batuk depan doctor. and doctor tanya sejak bila aku batuk, and aku cakap dah lama. memang dah terlalu lama. nak bertahun batuk aku tak pernah hilang. and kalau korang nak tahu sebabkan batuk aku yang dah bertahun tu, kalau pergi mana mana aku just oder air suam je. kan kawan kawan? =') lepas dah settle semua hari yang sama aku kena tahan wad, nasib baek barang barang semua aku dah siap bawak. herkk!

lepas doctor bagi surat semua, aku pon macam biasa pergi daftar masuk wad. dapat wad dua tingkat dua. dulu aku dapat wad 6 tingkat dua, now masuk wad lain pulak. okey lah tu. tukar tempat check in pulak. heee. then nurse tunjukan aku katil. yeayy dapat tepi lagi. and nombor katil aku kali ni nombor 10. lepas tu doctor terus bagi aku baju and suruh salin. lepas siap siap semua aku pon mula kuak lentang atas katil aku tu. and abah pon minta izin nak balek rumah. hurm bila abah cakap nak balek tu, aku rasa macam sedih sangat sangat sebab aku tinggal sorang sorang ='\ tapi tak pelah aku paham abah kerja. and lagi pon abah nak balek kkb. dah la jauh. heee =') lepas abah balek aku pon mulakan aktiviti harian aku, buka fone and mula lah maen twitter and facebook. tu je yang aku boleh buat. hari berikutnya pon aku just buat benda yang sama je, makan, tidur, main twitter and facebook, aku pandang muka doctor, doctor pandang muka aku. hoho. but petang petang ucuk selalu datang lawat aku. and yang buat aku terharu ucuk datang naek bas and teksi =') sampai kena berapa belas inggit. thanks sayang. saya hargai sangat sangat.

#ohhhtidakkk#

Older Post | Newer Post