//Forever Imperfect




nak tulis blog ni bukan setiap masa ada mood. and aku lebih suka menulis pada waktu malam time sunyi and keseorangan. bila dah dapat mood and suasana yang agak baek, macam macam idea akan datang and macam macam rasa ingin di luahkan. 1001 rasa. rasa sedih, marah, geram, rindu and macam macam yang tak dapat nak di sebut and di tulis. orang selalu cakap if ada masalah cuba sorokkan dari orang lain, but if kita pendam pendam, kita tidak akan rasa lega. so blog ni jelah yang setia dengan aku dari dulu sampai sekarang. if aku sedih, marah, happy, dekat blog ni lah yang aku luahkan. dia lah peneman aku yang setia =') kan encik or puan blogger? kamu janji yang kamu akan still ada dengan saya kan kan. so please be nice with me okey sayang. lepas ni jangan jadi macam dulu lagi. tiba tiba je kamu problem. sampaikan terpaksa puasa menulis blog.

malam ni aku tewas lagi dengan si pencinta. ya allah di saat aku memerlukan kekuatan, pelbagai dugaan yang kau berikan. semua ni ujian untuk aku. allah tahu aku kuat, sebab tu dia bagi aku ujian macam ni. aku redha ya allah. sekurang kurangnya semua kesakitan, kepedihan ini tidak membuatkan aku leka. sejak kemarin aku tak terima pape mesej and call dari si dia. mayb dia dah mencampakkan aku sejauh mungkin. semua ni aku yang nak. sebab aku dah tak sanggup bergantung hidup dengan orang lain. ya, aku dah terlalu banyak menyusahkan si dia. mayb ni keputusan yang terbaek, even aku sendiri tak mampu nak menjalaninya sendiri. aku tak kuat, tapi aku berpura pura mempunyai semangat. aku tidak gembira, tapi aku berpura pura senyum. ya itulah aku. yang sentiasa lemah and tewas dengan setiap masalah yang menimpa. hehe but saya still mampu lagi mengukir senyuman. see see =) saya senyum kan. heee saya kuat lah. sekuat tiger okey! tapi aku akan kuat bila ada someone yang menjadi tulang belakang aku. yang sentiasa membantu aku berdiri tegak untuk menjalani setiap ujian and hari hari lain seperti hari isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu and ahad. hee ^^v

but now semua semangat telah hilang. hilang ke mana? aku sendiri tak pasti. now setiap malam aku sendiri and menyendiri. tak ada lagi si bulan and bintang yang menceriakan hari isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad aku lagi =') sampai bila semua ni akan berlaku? aku serahkan kepada allah. dia yang menentukan perjalanan hidup aku. aku mohon pada mu ya allah, panjangkan lah usia ku, supaya aku dapat mempersiapkan diri ini dengan sempurna untuk menghadap mu. supaya aku dapat tinggal di syurga mu ya allah. aku ingin berbakti kepada kedua ibu bapa ku yang telah membesarkan ku. aku ingin menjadi seorang isteri kepada jodoh ku. aku ingin menjadi ibu kepada anak anak ku nanti ya allah. Amin ya Rabbal Alamin.

#yaALLAH#

Older Post | Newer Post