//Forever Imperfect




Continue balik post yang lepas. lepas dah sedar semua, dalam pukul 7 lebih baru dia sorong aku masuk dalam bilik balek. masa dalam perjalanan tu aku tanya nurse, ada orang tak datang masa saya operation, and nurse tu pon cakap ada. and dalam hati aku harap sangat yang ucuk still tunggu aku. masuk masuk bilik je aku nampak ucuk and sas tengah duduk. yeayyy nasib baek dia tunggu aku and tak balek lagi. terharuu wooo =')  dari petang dia tunggu sampai malam kot. dengan keadaan still lemah and sakit sakit aku kuatkan jugak cuba berborak dengan dorang. dah la dengan mulut bengkak, tekak pedih, gara gara dorang sumbat tiub apa tah dalam tekak aku. sampai bibir aku luka kot. peritt wo. nak telan makanan and minum air pon sakit teramat sangat. rasa pedih gila gila. maybe luka dalam tekak. nasib baik kakak aku bawakkan bubur mcd. senang sikit nak telan dari makan nasi yang keras uh. hari hari berikutnya pon makan mcd je. sampai nurse tu cakap hari hari makan mcd, patut lah tak gemok. huhu.

nak dekat setengah bulan la jugak aku terlantar dalam hospital tu. dengan tak boleh jalannya, gara gara kaki tak boleh nak luruskan. if aku luruskan, rasa pedih sangat. nak pergi toilet semua kena papah and guna wheel chair. nasib baek toilet betul betul sebelah katil aku je. tak dela jauh nak pergi toilet. ni semua sebab abah amek yang first class punya. so tak delah duduk reramai macam dalam dewan tu. layanan and makanan pon best. boleh pilih menu semua. kalau third class makanan dia memang tak boleh masuk langsung. macam bagi banduan makan. setiap pagi doctor akan masuk and tanya khabar aku. hari yang ke lima doctor aku datang and cakap nak cuci luka. rasa excited gila kot nak tengok bekas operate tu macam mana. masa dia buka tu, perhhhhhhhh meraung aku tengok. ya allah teruknya tangan aku ='( besar gila operationnya. siap hitam lagi gara gara darah beku. lepas doctor cuci semua, aku menangis tak henti henti. nasib baik teha ada and tenangkan aku, bagi semangat semua. doctor cakap yang balut dekat kaki tu hari yang ke 10 baru boleh buka and cuci.

doctor cakap kanser aku dah lalu dekat urat saraf aku, so doctor terpaksa buang urat saraf aku and buatkan ibu jari aku akan kebas sampai bila bila. bila dengar macam tu rasa down gila. dah la tangan macam tu, ni urat pulak kena buang. aishhhh tak tahu nak cakap macam mana lagi. tak guna nak menangis. benda dah jadi. tapi memang rasa kesal gila lah. now aku just perlukan semangat dari kawan kawan, family and si dia. tapi ntah lah. kadang kadang terasa jugak bila ada kawan kawan yang cakap habis la kau cacat. patutnya korang bagi semangat. bukannya buat aku bertambah down.
maybe bagi korang just gurauan, tapi benda macam ni sensitif kot. and untuk si dia, aku tak tahu nak cakap macam mana. dah la lupakan jelah. malas nak cakap lebih lebih. just tak terkena pada korang je. kalau kena baru korang tahu rasa manis ke pahit.

#pleasemakemesmile#

Older Post | Newer Post