//Forever Imperfect




Hello hello hello and assalammuailaikum, saya kembali di blog. *lambai2 tangan* dah lama stop tulis blog sebab masalah kesihatan. firstly nak cerita pasal operation yang dah settle, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. check in wad 15 hb 1, and operatenya macam biasa la 16 hb. kena check in awal sebelum operation sebab kena puasa bagai, amek darah and macam macam lagi. macam biasa masa nak cucuk masuk tiub urat salah. dua kali dia cucuk salah, and terpaksa panggil doctor lain tolong cucukkan. nasib baek yang kali ke tiga jumpa uratnya. sakitnya allah je yang tahu. sampai bengkak urat aku yang dia salah cucuk tadi. malam sebelum operation dorang suruh aku start puasa and masukkan air dalam tiub aku. sebab nak bagi tenaga. and sebelum nak tidur tu nurse datang bagi ubat tidur. sebab dorang nak aku rest cukup cukup and tak nak aku pikir pasal operation esok tengah hari.

Hari yang di tunggu tunggu pon sampai. pagi tu aku bangun agak awal. mandi and prepare apa yang patut. maybe sebab gemuruh sangat, aku tak boleh duduk diam dalam bilik tu. dengan tambah aircond atas kepalanya, lagi la tak senang duduk. sebab memang terlampau sejuk. tunggu punya tunggu, and tengok jam dah pukul 3 tapi nurse still tak masuk masuk lagi. aishh dah la puasa dari malam tadi, now dah nak dekat petang tapi turn aku belum sampai lagi. pukul 3 lebih macam tu barulah nurse masuk and cakap bilik pembedahan dah panggil aku. dia bagi aku baju semua suruh tukar. okey lepas dah siap semua, nurse pon datang dengan katil. baring atas katil tu then macam biasa dia sorong pergi bilik pembedahan. dalam hati tak putus putus berdoa and berzikir. walaupon ni second time aku operation, but rasa takut tu still ada, sebab operation kali ni lagi besar dari sebelum ni. dah sampai bilik operation macam biasa di kelilingi dengan doctor yang ramai macam team futsal -.- lepas tu pasang wayar sana sini dekat badan. selak sane sini, rasa malu tu terpaksa buang jauh jauh. uhukkk

and doctor tu cakap nak masukkan ubat dalam tiub tangan aku, masa dia masukkan tu, rasa pedih gila kot, and terus mengalir air mata aku tahan sakit, doctor dekat situ cakap "jangan lah nangis, tahan sikit" but makin teresak esak aku menangis. terus dorang lap air mata aku, then doctor bius tu pon terus pakaikan aku alat pernafasan. macam biasa bila dah pakai benda alah tu, tarik nafas terus aku terlelap. tak ingat pape dah. dalam pukul 5 lebih baru aku tersedar, bila aku rasa ada orang goncangkan badan aku. buka buka mata je, doctor cakap dah siap dah, buka mata cepat. masa dah buka mata tu rasa berdenyut yang amat sangat dekat tangan and kaki. sakitnya tak tahu nak cakap macam mana, aku ingatkan dia tak amek kulit dekat peha, but rupanya amek jugak. uhukkk pedihh pedihh =\ masa baru tersedar tu, doctor tanya sakit tak, and aku angguk angguk, terus dia masukkan ubat tahan sakit dekat tiub aku. but aku still rasa sakit yang terlampau lagi and macam biasa berair mata aku lagi gara gara tahan sakit. doctor tu pon kesat lagi air mata aku and cakap yang dorang tak boleh masukkan ubat tahan sakit lagi, sebab takut pape nanti terjadi gara gara overdose.

#continue#

Older Post | Newer Post