//Forever Imperfect




Terlalu kecewa dengan keadaan hingga tiada lagi senyuman, hanya air mata sebagai peneman, lagi sekali aku tewas dengan kekecewaan. aku terlalu lemah sehingga tak mampu sembunyikan kekecewaan ini. tapi aku adalah aku, aku tak boleh jadi orang lain yang berpura pura dengan perasaan mereka. aku cuba menahan semampu mampunya, tapi aku tewas, tewas sekali lagi. selagi aku pendam, selagi tu aku rasa hati and perasaan ni di toreh toreh. aku tak kuat nak teruskan semua ni sendiri. now aku mula jatuh jatuh dan jatuh. tapi aku tahu, aku kuat untuk bangun semula, tapi bagi aku masa untuk mengubat rasa sedih di hati. 

aku terima semua ni dengan redha, aku tahu kebahagiaan pasti menanti suatu hari nanti. biarkan aku yang kecewa, tapi jangan dia, sebab aku tak mampu melihat dia mengalirkan air mata Ya Allah. biar sayang tu hilang dalam diri dia, tapi jangan kau hilangkan dalam diri ku ini. now aku mesti berjuang untuk hidup, walaupon aku tak pasti bila ajal ku, tapi ingatlah sayang, bila aku mula berhenti bernafas, jangan lah kau sesekali tangisinya, hanya doa yang ku mohon dari mu. jangan kau sesekali berpaling ke belakang apabila kau sudah menuju ke hadapan. ni pesanan buat mu sayang. tiada dendam dalam diri ku, melainkan ucapan terima kasih kerana mengajar aku erti kehidupan.

selama kita bersama, macam macam yang kita lalui, pahit manis semua tu kita merasa bersama, now masa untuk kita menjadikan semua itu sebagai kenangan. kenangan yang harus kita tinggalkan. aku harap kau tidak pernah menyesal mengenal diri ku ini walaupon tiada kebahagiaan yang ku berikan. terima kasih kerana memberikan aku merasa kasih sayang kau yang tidak cukup nilainya </3

#frommyheart#

Older Post | Newer Post