//Forever Imperfect




Pejam celik pejam celik kita sudah masuk ke ramadhan. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah masih memberi aku peluang untuk melihat dunia yang indah ini, Semoga Allah memberkati kita semua. Amin. Sempena nak puasa ni, aku nak mintak maaf dekat semua salah silap yang pernah aku lakukan secara sengaja atau tidak sengaja. Aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan di atas dunia ini, semoga salah silap aku dapat dimaafkan dengan seikhlas hati. 

Gembira tengok mereka yang lain dapat berpuasa bersama sama keluarga tersayang. tapi aku? hanya sendirian. Sendirian di temani dengan kesunyian. Ya allah aku memohon padamu jadikan lah ramadhan ku kali ini penuh bermakna, tiada air mata tiada kelukaan jiwa. Hati ini tidak pernah berdendam dengan apa yang terjadi, tetapi hanya meratapi kesedihan dengan janji yang dimungkiri. Janji bersama kini hanya tinggal satu janji, hanya janji aku yang masih ada. Hari ini aku sedar bahawa janji itu juga sebahagian dari kata kata, dapat diubah boleh juga untuk dilupakan, memberi janji mungkin mudah untuk melupakan, tapi menerima janji sampai mati di ingati. Ada waktunya janji juga menjerut hati sendiri semata mata untuk mengembirakan orang yang kita cintai. Semoga kau menunaikan janji janji yang pernah kita taburi bersama. 

#salamramadhan#

Older Post | Newer Post