//Forever Imperfect



sincerely - Azura Ahmad

Tiada kata secantik bahasa, untuk ku puji buah hati di jiwa, telah timbul kasih sayang bermula. Tapi sayang tiada perasaan di jiwa, kerana dikau terlalu indah di mata, dan aku bagaikan tiada apa. Kau dan aku tiada tanjaknya, bagai langit dan bumi, jauh berbeza. Adakah perlu kita meneruskan perasaan cinta? Kerana aku merasa penghujungnya tiada bahagia. Dikau dicipta terlalu istimewa dibandingkan aku, banyak kekurangannya. Adakah perlu kita menyambung cerita? atau tamatkan sahaja kisahnya? agar jurang tidak melintang diantara kita.

Tiada kata secantik bahasa, untuk ku luah apa yang dirasa, memang sudah lama menjadi rahsia, tetapi sukar untuk dikata, kerana ini pengalaman pertama. Tidak ku tahu apa puncanya, mengapa itu bersarang di jiwa, memang hanya dikau yang bertahta, tetapi tetap ada bimbangnya. Ku takut ia hanya sementara, sama ada aku perosaknya atau dikau sebagai pemusnahnya. Tetapi aku tahu apa yang ku rasa dan itulah yang sebenarnya. Tetapi ku takut muncul putera lain di mata menggoyangkan apa yang dirasa dan ku takut muncul puteri lain diantaranya membuatkan dikau berbelah bagi antara dua. Tetapi aku yakin aku takkan lupa menyintai orang yang begitu lama, baru sekarang ku terasa manisnya, jadi insya-Allah apa yang ditakuti tiada dan percayalah dikau yang terawalnya. Dan aku akan realitikan dikau penghujungnya, penghujung bagi segala apa yang dirasa. 

#foryou#

Older Post | Newer Post