//Forever Imperfect



My Superhero

Ahmad Qays Aizat, even baru jumpa awak hari tu, orang rasa rindu sangat dekat awak sayang. Haihh serius tak sanggup nak rasa macam ni hari-hari :'( awak, orang nak cakap thanks sesangat dekat awak sebab awak dah buktikan yang awak memang serius dengan orang. Before ni orang selalu rasa macam tak yakin dengan relay kita. Bukan sebab orang tak percaya dekat awak, tapi ntah lah. Orang rasa macam takut kita tak boleh pergi jauh, sebab macam-macam hal dah jadi dekat orang, so orang macam takut nak serius after orang break dengan ex orang. But now awak dah buktikan yang awak memang serius nak dekat orang, and orang rasa syukur sangat-sangat sebab dapat kenal dengan awak sayang.

Orang tak tahu la nak cakap macam mana, kenapa la awak baik sangat dengan orang. Semua orang mengadu dekat awak, mesti awak akan sediakan untuk orang. Ingat lagi first sekali aku mengadu pasal sakit kanser aku tu, terus dia usaha carikan ubat untuk aku. Mengadu pasal parut operation, dia bagi ubat parut. Mengadu rambut problem, terus belikan ubat rambut untuk aku. Mengadu sejuk and rindu, dia sanggup drive jejauh dari melaka datang kl semata mata nak jumpa aku and bagi sweater dia. Mengadu bekas spec aku buruk, terus dia tukar dengan bekas spec dia and then paling kelakar bebaru ni aku mengadu yang selipar aku putus. Balik melaka je terus dia belikan selipar baru. haihhh kelakar la awak ni sayang. Semua benda yang aku mengadu mesti dia akan usaha untuk tunaikan. Macam mana la aku tak sayang. Sebab dia berusaha sesangat untuk jadi yang terbaik untuk aku :')

Even dia ni tegas and garang, ada jugak kelembutan dia tu. Benda paling aku suka bila dengar suara dia. haihhh lembut sesangat, sampaikan kekadang rasa tak sanggup nak marah bila dengar suara dia. But bila datang angin dia or jeles dia, memang aku cuak sesangat. Memang akan marah aku gegila, tapi dia marah just kuatkan nada je, tak pernah lagi dia memaki hamun aku or what. Bila dia marah aku mesti la menangiskan, but paling kelakar even aku menangis kena marah dengan dia, riba and bahu dia jugak yang aku cari, macam lawak je bila pikirkan balik aku nangis-nangis dekat riba dia sebab kena marah. Yela dah tak tahu nak meleset dekat siapa lagi. lantak la nak marah kita pon, janji kita nak pinjam peha and bahu dia jugak. kahkahkah.

Lagi satu benda yang paling dia marah if aku jalan tak tengok orang. If aku terlanggar bahu memana lelaki abis la kena ceramah dengan dia. Then dia paling tak suka if aku jawab call kawan lelaki dia. Bila aku tanya kenapa tak bagi aku angkat, dia just cakap tak suka kawan lelaki dia dengar suara aku semua. Haihh dia ni memang protect aku gegila la. Pernah jugak aku mengadu dekat mimi pasal benda ni, but mimi cakap memang semua benda yang dia sayang, dia akan jaga elok-elok. So aku pon tak boleh la nak marah diakan, sebab aku rasa bersyukur sesangat dia sanggup jaga aku sampai macam tu sekali. 

Older Post | Newer Post