//Forever Imperfect



Suprise

Salam semua, agak lama jugak lah tak updates blog ni sejak operation hari tu, then busy dengan hal hospital, hal my daddy lagi. arghh serius stress sangat. Now baru ada masa nak luangkan dekat blog ni. Tak tahu nak start macam mana, hmm pasal hubungan aku dengan dia alhamdulillah semuanya ok, makin bahagia la jugak, hope akan berterusan sampailah tiba masanya nanti, Kalau ada rezeki nak cepat-cepat buat kenduri, just simple-simple pon okey la, lagi pon tak minat sangat nak meriah-meriah ni, hope semuanya berjalan dengan lancar.aminn.

Now nak cerita pulak pasal suprise yang paling mengejutkan, masa tu baru jumpa dia tak silap, then biasa la lepas tu mesti akan rasa rindu balikkan, so dah lepas dalam dua hari macam tu, aku mengadu dekat dia yang aku rindu sangat-sangat dia malam tu, rasa macam nak lari datang melaka je jumpa dia, then tak lama lepas tu aku ada terasa dengan dia pasal wechat, memang merajuk habis la malam tu, tetiba dia cakap nak study dengan mimi kejap dekat luar, aku pon okey jela, then malam tu tetiba aku rasa mengantuk sangat, so sementara nak tunggu dia habis study, aku cakap nak lelap kejap. Lelap punya lelap tetiba je hp aku berbunyi. Aku tengok dekat screen mimi yang call, mata memang berat gila nak buka, so aku just abaikan jela call tu. baru terpejam sekejap tetiba aku rasa ada orang tarik kaki aku. Buka-buka mata je tengok dia ada dekat depan aku dah. Haihhh sumpah terkejut sesangat. boleh pulak dia datang hospital lewat pagi macam tu, dah la dari melaka pulak tu. Tengok jam dah pukul dua pagi, aku pon bangun and terus keluar dari wad, keluar-keluar tengok dia datang dengan mimi and shila, budak kolej dia. Haihh tak tahu la nak marah ke, nak sedih ke or nak terharu, sebab dia sanggup drive jejauh datang jumpa aku, sebabkan aku mengadu rindu dekat dia before tu, dah la dia ada class pukul 8 pagi, so lagi la aku rasa macam terharu sangat sebab sanggup berkorban sampai macam tu sekali :'( lepas tu dia terus bawak aku jenjalan and makan, memang masa yang singkat tu kita orang spent time sebaik baiknya, pukul 5 dia dah nak gerak balik, haihh sedih sangat. Rasa macam tanak lepaskan dia balik je, tapiiii terpaksa jugak T.T


Older Post | Newer Post