//Forever Imperfect



5 August 2015

Tak tahu nak start macam mana, tapi sejak puteh mati aku rasa macam down sesangat, setiap malam, setiap masa bila aku teringat puteh mesti air mata aku meleleh laju je dekat pipi ni. Lagi-lagi bila qays call aku, lagi teresak-esak aku menangis, buat masa sekarang ni kalau sesape tanya pasal puteh, mesti air mata aku terus mengalir. Sedih dekat hati ni Allah je yang tahu, aku ingat aku sorang je terasa kehilangan puteh, rupanya mak pon sebak jugak bila puteh dah mati. Bagi orang lain memang akan pelik bila tengok aku beriya menangis macam hilang anak, but pencinta kucing saja yang akan paham perasaan ni bila kucing yang dari kecil kita bela and hari-hari ada dengan kita tetiba tinggalkan kita. 

Ada sekor kucing oren liar ni memang selalu menepek dekat rumah aku, memang dia jenis tak boleh pegang, kalau kau dekat pon dia dah mula nak cakar kau, even dia kucing liar, setiap hari aku tetap bagi dia makan, then sampai lah satu hari aku tengok perut dia bunting, tak lama lepas tu dia beranak dekat rumah jiran aku. So aku pon kutip la anak-anak dia and letak dekat rumah aku, anak dia ada 4 ekor, tapi lama lepas tu masa aku balik kl, 3 ekor dari tu demam and mati, yang tinggal just puteh je. Memang sedih bila tahu 3 ekor anak oren mati sebab sakit, baru aku berniat nak bela sampai besar, tapi yang hidup just puteh sorang je, so aku pon teruskan jela jaga si puteh ni. Setiap kali balik kl mesti aku akan pesan dekat mak tolong jaga puteh, tolong bagi makan semua. 

Sampai lah puteh besar, aku and family tetap jaga dia, if aku tak de and mak pulak balik kampung, mak siap bagi jiran sebelah ikan sekilo mintak tolong bagikan puteh makan. Setiap hari puteh ada dengan kita orang dekat rumah tu, ada masa aku akan masukkan dia, tapi tiap malam aku akan letak dia dekat luar, sebab pernah sekali aku bawak dia tidur dalam rumah, dia terberak, so sejak dari tu memang aku tak bawak dia masuk lagi bila waktu malam. Tapi bila siang memang dia akan duduk dalam rumah main dengan aku, abah pulak stroke, and katil abah kita orang letak dekat depan tv, so bila puteh nak tidur memang dia akan panjat katil abah and tidur hujung kaki dengan abah sekali. Setiap kali bila puteh nampak aku keluar rumah nak pergi rumah angah, mesti dia follow aku, tak pon dia berlari dulu pergi rumah angah sebab dia tahu aku nak ke sana. Bila aku lepak rumah angah berjam-jam dia setia tunggu aku depan pintu sampai lah aku keluar. Selagi aku tak keluar dia takkan balik rumah. Bila aku keluar dia akan follow aku balik sekali.

Bila aku duduk dekat sofa mesti dia panjat and main rambut aku, tak pun gigit gelang aku, bila aku bangun and berjalan mesti dia terkam kaki aku and berdiri. Bila aku mengemop mesti dia main lari-lari sampai tergelincir, setiap kali aku mop memang dia akan main sebab dia suka lantai licin. Sampai lah satu masa dia tetiba sakit, nak dekat sebulan jugak dia tak lalu makan and asyik naik katil aku and tidur je. Selama aku bela kucing aku tak pernah bawak memana kucing pergi vet, but puteh satu-satunya kucing yang aku bawak pergi vet masa dia sakit, alhamdulillah lepas tu dia sihat balik, and kalau nak tahu aku bela puteh ni lepas bertahun aku tak bela kucing, sebab aku jenis tak suka bila kucing aku mati hilang or sakit, mesti aku sedih sangat-sangat, sebab tu dah bertahun baru aku bela kucing balik. But now puteh tinggalkan aku, aku ingat lagi malam masa dia sakit bebaru ni, aku perasan dia kerap tidur macam sebelum ni, bila aku bagi makan pon dia tak nak. Malam tu aku gorengkan puteh ikan, then aku kejutkan puteh yang tengah tidur dekat katil abah. "puteh bangun lah, jom makan" terus aku angkat dia pergi dapur but dia tengok je nasi tu and pergi depan.

Dari situ aku cakap memang sah puteh sakit, esoknya aku cakap dekat mak puteh sakit, mak cakap dia main hujan semalam, mybe dia demam, and tengah hari tu dia naik atas katil mak and aku pon join dia tidur sekali, tu last aku tidur sebelah puteh. Malam tu aku busy packing baju aku sebab nak gerak pergi indonesia, bila aku packing baju, aku tak tahu kenapa hati aku sedih sangat nak pergi, aku siap mengadu dekat group wassap yang hati aku macam berat nak tinggalkan rumah tu, siap packing aku terus pergi dekat puteh bagi dia makan ubat, tapi dia monyok je, and silap aku malam tu aku keluarkan dia, aku tak bagi dia tidur dekat dalam. Esok pagi aku bangun terus masukkan puteh and bagi dia ubat lagi, sebab lagi sejam lebih aku nak gerak dah. Masa aku nak gerak tu aku cari puteh tapi takde, aku pon keluar cari rupanya dia duduk bawah kereta jiran sebelah aku, aku pon terus amek dia dukung and cium dia, tu last aku cium and pelok puteh, terus aku salam mak and gerak pergi kl. hati memang sayu gila nak gerak tu, tai sokay aku buat macam tak de pape.

Malam tu angah and mak cakap puteh tak de, and pukul 3 pagi angah cakap terdengar kucing bergaduh sampai bulu berteraburan and terberak dekat lantai, angah syak tu puteh yang bergaduh pagi tu. Lepas dari tu puteh terus tak balik mak cakap. But malam tu dalam pukul 12 mak tetiba call aku cakap jumpa puteh terbaring lemah badan sejuk dekat bawah pokok bunga jiran aku. Mak tanya aku macam mana nak bagi dia makan ubat tu semua, and mak cakap dia letak puteh dalam kotak. Memang aku dah nangis-nangis pikirkan puteh dekat rumah, aku tahu aku tak de harapan nak jumpa dia buat kali terakhir. Qays terus call aku malam tu, memang aku menangis macam orang hilang anak, aku cakap aku nak balik rumah and tengok puteh. Esoknya pukul 7 pagi mak call aku tapi aku tak angkat, then kakak aku wassap aku cakap yang puteh dah mati :'( terus makin laju air mata aku turun. Lepas puteh mati air mata aku tak pernah berhenti mengalir sampaikan sekarang, aku rindu puteh, aku nak balik jumpa dia, aku rindu kau sesangat puteh, siapa nak teman aku lagi lepas ni, kau tahu kan aku sunyi tak de kawan.

Tadi mak tetiba call aku, dia menangis cakap dia sunyi dekat rumah sebab puteh dah tak de, sebak aku terus dengar mak aku menangis, tak pernah mak aku menangis pasal kucing. Mak pesan suruh aku jaga solat, mak cakap puteh sah-sah masuk syurga, tapi kalau aku tak solat macam mana, terus mak letak call. Makin sedih hati aku bila mak cakap macam tu, hurmm angah wassap aku and cakap memang nampak mak sedih, and angah cakap nanti cari kucing baru. Tapi even cari kucing baru pon takkan sama macam puteh, sebab puteh tu aku jaga dia dari kecil dengan susah payah. mak pon tahu macam mana gigih aku jaga puteh sampai dia besar, and dorang takkan cakap puteh tu kucing family, tapi dorang akan cakap tu puteh zura, sebab dia memang kucing aku, bukan family aku, sebab aku yang jaga T.T puteh, aku mintak maaf semua salah silap aku, aku mintak maaf kalau ada termarah kau sebab kau nakal or suka memanjat, suka gigit aku or suka kacau aku tidur. Puteh semoga kau tenang di sana yer, semoga di akhirat nanti kau akan membela aku, aku sayang kau sangat-sangat, thanks sebab datang dalam mimpi aku dua hari berturut-turut ni, esok flight aku, hope aku selamat pergi and balik, i miss you so much puteh :')


Older Post | Newer Post