//Forever Imperfect



Universal Studios Singapore



 

Korang kalau nak pergi universal studios ni aku sarankan better korang beli tiket express. Kalau guna tiket biase ja memang berbulu la korang nak tunggu turn main semua benda ni. Dia punya beratur tu memang berbelit and berliku panjangnya. maybe korang kena beratur dalam 20 minit macam tu kalau nak main satu permainan. Kalau tiket express ni tak payah beratur lelama, sebab dorang akan dahulukan kita baru orang lain. Masa aku beli tiket express ni harga dia dalam Rm 200++ nak ke 300 tak silap, memang mahal tapi berbaloi dari nak tunggu turn lelama and banyak habis masa, nanti tak sempat pulak nak try semua permainan. Makanan and air dalam tu memang mahal sangat-sangat, tapi masa tu nasib kita orang bawak bekal sesiap, but sebelum masuk tu, dorang memang akan check beg sorang-sorang, so siapa yang bawak makanan tu memang dorang tak bagi bawak masuk, suruh simpan dalam locker. Dia punya locker pulak kena bayar dalam berapa belas ringgit tak silap. Takkan nak simpan pulak, sah-sah petang baru keluar, so mesti la basikan, tapiiii kita orang seludup jugak makanan. haha. masa dia tahan abang aku sebab kantoi ada makanan dalam beg tu, kakak ipar aku senyap-senyap pergi ke tepi and pas beg dekat kita orang yang dah lepas masuk ni. Dah macam seludup dadah pulak, muahahaha. And misi pon berjaya!!!! fuhh lega bila dah dapat bawak masuk makanan tu semua. Tapi korang nak tahu tak, masa kita orang tengah lepak makan semua, tetiba kita orang nampak ada satu family ni dok berkelah makan nasi lemak, ayam masak merah and macam-macam lagi. perhhhhh kemain lagi lauk dorang ni, tak tahu la macam mana dorang boleh bawak masuk, maybe seludup jugak macam kita orang kot. HAHA. Permainan dalam ni aku rasa untuk budak-budak tak banyak, sebab kebanyakkan nak masuk mesti kena ukur tinggi, so kalau anak buah korang macam darjah 1 maybe tak dapat nak main banyak sangat permainan. So kalau korang rasa macam tak nak rugi pergi jela time anak-anak or adik-adik korang besar sikit eh. kalau tak membazir je bayar memahal tapi tak banyak tempat boleh masuk.

Older Post | Newer Post